Selamat datang

pengerusi

Hj Ahmad Zakiyuddin A.Rahman
(Pengerusi Kotaqwa Bertam )

Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya laman web Kotaqwabertam.com ini dapat dibangunkan dengan jayanya.

Dikesempatan ini saya merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat yang bertungkus lumus menyumbang idea, tenaga dan masa untuk mewujudkan laman web ini. Dengan adanya laman web ini diharapkan ianya dapat memberi dan menjadi sumber rujukan bagi mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak ALK Koperasi Bertam Indah Berhad.

Ia juga diharapkan dapat mempertingkatkan lagi hasil jualan dan pendapatan koperasi, yang setrusnya menyumbang kepada kesejahteraan umah.

Dengan adanya laman web ini , ia diharapkan ia menjadi salah satu medium bagi koperasi masjid dalam menyebarkan dakwah dan maklumat kepada seluruh umat Islam khususnya di Qaryah Masjid ini. Oleh yang demikian, saya berharap laman web ini boleh dijadikan satu landasan yang terbaik bagi koperasi ini dalam menyebarkan segala maklumat serta informasi yang bermanfaat kepada semua.

Akhir kata, syabas buat semua yang terlibat dalam membangunkan laman web ini. Segala kekurangan yang berlaku mohon dimaafkan dan sedia diperbaiki.