Aktiviti tahunan dan tahun ini merupakan tahun kedua dan dinamakan projek lembu korban secara fidlot. Projek ini merupakan projek Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia (konsormas). Konsormas merupakan pembekal utama lembu kepada koperasi fidlot. Koperasi telah dipilih sebagai pembekal lembu di kawasan utara. Tempoh projek ini hanya empat bulan sahaja sehingga bulan korban. Konsormas telah membekal ternakan lembu korban kepada pihak koperasi masjid yang menjadi ahli dan mempunyai keupayaan menternak dan menjual lembu untuk bekalan lembu korban.