
Alhamdulillah syukur kepada Allah Tuhan bagi sekelian makhluk. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta semua rasul-rasul yang diutuskan.
Masjid Attaqwa dengan jadual program dan aktiviti yang tidak jemu-jemu dirancang terus berperanan sebagai pusat bagi masyarakat Islam juga bukan Islam di qaryah ini, malah status yang tercetus meletakkan masjid ini sebagai model pengimarahan masjid terus menjadikan masjid contoh untuk dilawati. Kita dapat menyaksikan pengunjung dari masjid-masjid luar melawat masjid attaqwa datangnya dari seluruh negara. Kita boleh berbangga namun menyedari bahawa kita bukan lagi sempurna, malah banyak yang perlu dipelajari dan banyak perlu dibaiki.Dengan bertemankan sahabat-sahabat di sini yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan, alhamdulillah saya dapat tempuhi semuanya dengan yakin. Terima kasih jazakallah saya ucapkan. InsyaAllah dengan kedudukan saya sebagai pemimpin negeri peringkat teringgi ini, saya akan terus mencurahkan bakti kepada masjid kita selagi diperlukan dan selagi mampu. Namun peralihan itu perlu untuk perubahan dan insyaAllah tiba masanya pimpinan pelapis akan mengambil alih untuk membawa masjid attaqwa ke tahap yang lebih tinggi.Kita telah berjaya menyiapkan bangunan baru SRIAT yang insyaAllah akan dapat memberi ruang pembelajaran yang lebih sempurna kepada anak-anak kita. Kita juga telah memulakan Maahad At-taqwa yang dirancang sebagai pusat pendidikan agama di masjid ini. InysAllah semua ini menyemarakkan lagi pengimarahan di masjid kita sesuai dengan matlamat kita menuju Bertam Indah Darul Taqwa, Baldatun Toyyibatun WaRabbul Ghafur.


Saya ucapkan terimakasih jazakallah khairan khathira kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan membantu kita dari segenap sudut samada wang ringgit, bahan-bahan, tenaga, buah fikiran, teguran-teguran dan sebagainya yang yang tak dapat saya perincikan di sini. Semoga semua sumbangan kita diterima sebagai amal soleh dan diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah swt.
Bertam Indah Darul Taqwa
Dengan tulus ikhlas:
Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman
Timbalan Ketua Menteri / Pengerusi Masjid Attaqwa